Tuesday 4 September 2012

TUGASAN PROJEK G2



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM:PISMP AMBILAN JANUARI  2009



NAMA GURU PELATIH:



TAJUK KURSUS:Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu



SEMESTER:



TARIKH MULA:
13 Ogos 2012
TARIKH HANTAR:
18 September 2012






Hasil Pembelajaran Kursus :

1.
Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan teks kesusasteraan Melayu sekolah rendah
2.
Menterjemah kandungan kurikulum bahasa  Melayu sastera sekolah rendah.
3.
Mengaplikasi pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah.
4.
Melaksanakan teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera sekolah rendah, sastera bandingan, sastera kanak-kanak dan remaja.
5.
Membuat apresiasi teks sastera sekolah rendah
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 5.

Objektif Projek:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1.
Menjelas dan menghuraikan sastera dalam pengisian kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah.
2.
 Menganalisis secara kritis pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah
3.
Mengaplikasi pelbagai teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera dalam bahasa Melayu.
4.
Membincang dan menghuraikan apresiasi teks sastera sekolah rendah.
5.
Menyediakan pengurusan grafik dalam bentuk peta minda mengenai teknik dan aktiviti dalam pengajaran.
6
Menghasilkan sebuah esei ilmiah berdasarkan tajuk yang diberi.





Tugasan Projek (100%)

1. Secara umum ada empat kaedah yang dibincangkan dalam  sukatan subjek iaitu Kaedah Fokus, Kaedah Global, Kaedah Struktural dan Kaedah Mengalami dan Menghayati. Berdasarkan rujukan-rujukan tertentu bincangkan secara ringkas setiap kaedah tersebut.
2. Berdasarkan sebuah cerpen Sasterawan Negara analisis genre cerpen tersebut berdasarkan Kaedah Struktural. Setiap elemen yang mendukung pendekatan struktural perlu diaplikasikan semasa membuat analisis berkaitan cerpen tersebut.


Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2. Fon Arial
3.3. Saiz huruf - 12
3.4. Langkau 1.5 baris
3.5. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6 Lampiran adalah wajib
3.7. Jawab dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris sahaja

4. Panjang tugasan antara 2,500 hingga 3,000 perkataan.
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga lima minggu.
8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut :
(mengikut kehendak soalan tugasan)

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :
a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas secara tepat setiap kaedah dan rujukan yang sahih.
b. Perkembangan analisis yang menampakan kematangan kupasan.
c. Implikasi menjelaskan penggunaan kaedah struktural yang tepat.
c. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan: 
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.
7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 5 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain).



Disediakan oleh:                                                         Disahkan oleh:



(SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR)                           (DR.SHAHARUDDIN BIN SHAARI)
Penyelaras Kursus BMM 3116                                         Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu                                                IPG Kampus Ipoh                  
IPG Kampus Ipoh                                                                

1 comment: