Thursday 20 June 2013

Pendekatan Pemahaman Teks



Kaedah Struktural

Strukturalisme ialah pendekatan yang digunakan untuk menganalisis karya naratif dengan meneliti struktur dalaman teks
Strukturalisme berasal daripada linguistik Ferdinad de Saussure yang mengetengahkan cara berfikir tentang dunia melalui persepsi dan deskripsi berhubung dengan fenomena metos dan ritual untuk melihat sistem tanda.
Pandangan tersebut telah ditransformasikan ke dalam bidang kesusasteraan oleh tokoh-tokoh selepasnya
Strukturalisme zaman awal berpendapat bahasa memainkan peranan penting dalam pencarian makna
Makna itu pula bukanlah sesuatu yang mudah dicari memandangkan makna itu sendiri suatu konsep yang abstrak.
Suatu makna adalah sebagai fungsi sistem bahasa, sistem itu pula membentuk struktur sastera dan seterusnya mempunyai hubungan dengan sistem kehidupan
 Strukturalisme menyatakan pengkritik haruslah berusaha untuk mencari makna teks berdasarkan struktur teks itu sendiri. Menurut pendekatan ini, dalam sesebuah itu terkandung makna sebenar dan pengkritik bertanggungjawab menyorot dan menggeledah struktur teks tersebut
Teori ini melihat pembentukan kesatuan teks dalam erti kata teks sastera sebagai jalinan struktur yang kompleks
Segala unsur yang membentuk karya itu perlu diselidiki dan dianalisis dan dengan berbuat demikian makna keseluruhan teks akan dapat dijelmakan. Teori ini menekankan elemen yang menjadi pengawal sesebuah teks. Pengawal sesebuah teks itu ialah segala unsur yang menjalin teks yang terdiri daripada keseluruhan, transformasi, regulasi diri, sinkronik dan desentralisasi
Menganalisis karya semata-mata berpandukan kepada apa yang dihasilkan
Menghuraikan aspek ekstrinsiknya
Melihat mutu pencapaian karya, bukannya usaha penyelidikan karya tersebut
Pertama, Karya sastera sebagai sebuah dunia yang mempunyai rangka dan bentuknya tersendiri ibarat sebuah rumah.
Melihat komponen tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan
Memberi perhatian yang utama terhadap aspek-aspek dan unsur-unsur membina sesebuah karya iaitu aspek teknik karya
Menurut C.T.Winchester, 1960, kekuatan karya terletak pada teknik dan kemahiran pengarang bercerita atau berkarya 

KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI

Pendekatan yang menekankan pengalaman pelajar dan sejauhmana pelajar dapat menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca.
Keupayaan mengaitkan pengalaman dengan isi karya yang dikaji Kebolehan memahami dahulu isi cerita atau maksud puisi sebelum mengkaji secara terperinci aspek-aspek struktur sesebuah karya
Keupayaan memberikan pendapat dan menilai aspek-aspek struktur yang tertentu dalam sesebuah karya sastera.
a.Guru suruh murid baca dulu karya sastera
b.Adegan/aksi/aspek paling berkesan dipilih guru untuk diaktifkan dalam aktiviti.
c.Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya.Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi.Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau karya gurindam dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, zapin, dangdut dan yang bersesuaian
d.Murid menyatakan pengalamannya dan pengalaman dalam karya sastera.

Tuesday 18 June 2013

Pro Forma Kursus Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu



Pro Forma Kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)

Nama Kursus
Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu
(Malay Literature Genre in Malay Language)
Kod Kursus
BMM3116
Kredit
3(3+0)
Jam Interaksi
45 jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Pertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1.      Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan teks kesusasteraan Melayu sekolah rendah;
2.      Menterjemah kandungan kurikulum bahasa Melayu (sastera) sekolah rendah;
3.      Mengaplikasi pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah;
4.      Melaksana teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera sekolah rendah; sastera bandingan; sastera kanak-kanak dan remaja;
5.      Membuat apresiasi teks sastera sekolah rendah.

Sinopsis
Kursus ini menghuraikan sastera dalam pengisian kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah, pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera, sastera bandingan, sastera kanak-kanak dan remaja, dan apresiasi teks sastera sekolah rendah.

This course explicates literature in primary school Malay language curriculum, approaches in understanding primary school literary texts, literary teaching and learning techniques and activities, comparative literature, children and adolescent literature, and primary school literary texts appreciation.









Tajuk
Kandungan
Jam
1
·           Unsur dan bahan sastera, Kemahiran sastera
·           Ilmu, nilai, dan  kewarganegaraan
·           Peraturan sosio budaya dan kemahiran bernilai tambah
3
2
Pendekatan Pemahaman Teks
·                        Kaedah Struktural
·                        Kaedah Mengalami Menghayati
3
3
Pendekatan Pemahaman Teks
·           Kaedah Berfokus
·           Kaedah Global
3
4
Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
  • Pantomim, Mestamu
  • Deklamasi
  • Khat
3
5
Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
  • Pemaduan seni
  • Adaptasi, Kerusi panas
  • Boneka
3
6
Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
  • Teater  Pembaca, Teater Bercerita
  • Improvisasi
  • Kemahiran Berfikir
3
7
Sastera Bandingan
  • Interteks, parodi
  • Contoh hasil karya
3
8
Sastera Kanak-kanak dan Remaja
·        Latar Belakang
·        Karya dan Tokoh
·        Sastera Kanak-Kanak  dari Perspektif Pendidikan
3
9
Apresiasi Teks Sastera Sekolah Rendah
  • Prosa Tradisional
-      Struktur, Fungsi, Ciri Bahasa

3

10
Apresiasi Teks Sastera Sekolah Rendah
  • Prosa Moden (Cerpen dan Novel)
3
11
Apresiasi Teks Sastera Sekolah Rendah
  • Prosa Moden (Drama)
-      Struktur, Fungsi, Ciri Bahasa
3
12
Apresiasi Teks Sastera Sekolah Rendah
  • Puisi Tradisional (Pantun dan Seloka)
-      Struktur, Fungsi, Ciri Bahasa
3
13
Apresiasi Teks Sastera Sekolah Rendah
  • Puisi Tradisional (Syair dan Gurindam)
-      Struktur, Fungsi, Ciri Bahasa
3
14
Apresiasi Teks Sastera Sekolah Rendah
  • Puisi Tradisional (Lagu Rakyat)
-      Struktur, Fungsi, Ciri Bahasa
3
15
Apresiasi Teks Sastera Sekolah Rendah
  • Puisi Moden (Sajak)
-      Struktur, Fungsi, Ciri Bahasa
3

Jumlah

45

Penilaian
Kerja Kursus                     50%
Peperiksaan                     50%

Rujukan Asas

............................... (2005).  Terima Kasih Pak Uteh. Kuala Lumpur: Cipta Publishing.


Hakimi Mohammad (2004). Kasih Di Hujung Usia. Kuala Lumpur: Cipta Publishing.

Nur Azlan Amer (2005).  Berani Kerana Benar. Petaling Jaya: Mega Setia Emas Sdn. Bhd.


Rabiatul Adawiyah Shafie (2005).  Sayang Serindit. Seri       Kembangan : Percetakan Sermaju Sdn. Bhd.

Suziana Che Wil (2006). Mentari Kembali Bersinar. Puchong: Caberawet Publishing Sdn. Bhd.


Shafie Abdul Rahman (2005). Leman Si Penjual Kuih.  Seri          Kembangan : Percetakan Sermaju Sdn. Bhd.


Zawiah Ahmad  & Suziana Che Wil (2005). Jasamu Dikenang. Rawang: Mikamas Sdn. Bhd.

Rujukan Tambahan
Aripin Said (2003). Compac Disc Lagu Rakyat. Kementeria Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia.


Che Zainon Omar et al. (2004).  Modul Pengajaran dan   Pembelajaran Komsas Tingkatan 4 & 5.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Dharmawijaya (1987). Tanggapan dan Kaedah Pengajaran Puisi. Petaling Jaya: International Book Service.


Mohamad Mokhtar Hasan (1995). Sosiologi Sastera-Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur: Aneka Publishing.


Othman Puteh (peny) (1996). Pengajaran Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 4. Kuala Lumpur : DBP.


----------------------------------------------- (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 5. Kuala Lumpur : DBP.


CD Syair. BTP