Monday 5 November 2012

MADAH BUAT RENUNGAN ANAK-ANAKKU J1 DAN G2



PUISI :  PABILA  

Pabila masa lalu mendewasakan kalian
Maka kalian  teladani  untuk  neraca diri
Pabila ditemui  cahaya pada setiap gerak nadi
Maka  terbuka akhirnya jiwa yang beku

Renungilah...
Pabila musafir datang dan pergi
Di sana kalian temui  jalan menuju abadi  menyingkir kehidupan fana
Pabila musafir berteduh rimbunan pokok
Di sana kalian temui tempat singgah sementara  mengisi bekalan
Bekalanlah   mampu memanjat  pelangi impian
Menjadi  untaian makna sebuah kehidupan
Rabb  tunjukanlah....  kepada ciptaan-Mu  erti  benang kebenaran
demi sesuatu perjanjian hari esok  yang melaut sebuah rasa cinta  kudus

Pabila musafir telusuri  pantai berombak
Di sana kalian temui buih-buih ombak ummat yang amat rapuh
Saat  inilah kalian diharapkan
mampu memintal  buih  menjadi  kalungan bunga  yang mengukir  pelangi kedaulatan  diin.
Kalianlah  
Musafir menemui cahaya abadi   yang  pasti. 

Saturday 3 November 2012

MORFOLOGI



Bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Struktur kata -susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna .

Bentuk kata - ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah- proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungSI    dengan anggota lain dalam golongan yang sama. 

Unsur terkecil dalam morfologi ialah morfem dan morfem berperanan untuk membentuk perkataan
Morfem satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi  bahasa gramatis atau yang menjalankan tugas nahu
Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat
1. Morfem Bebas
Secara tersendiri mempunyai makna; yang boleh berdiri sendiri.
Contoh . saya, rumah, meja, pen
2. Morfem Terikat
Tidak boleh berdiri sendiri
Contoh. “me-”, “ber-” (imbuhan)

BENTUK KATA:-

KATA TUNGGAL - Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata, tiga suku kata dan akronim


 KATA TERBITAN-Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu  proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan
Kata Terbitan Berawalan
Kata Terbitan Berakhiran
Kata Terbitan Berapitan
Kata Terbitan Bersisipan

 KATA MAJMUK – Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. 
Dieja terpisah dan bertindak sebagai  satu unit iaitu tidak boleh menerima sebarang sisipan unsur lain. Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan makna tertentu. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :
a) rangkai kata bebas - bandar raya,  gambar rajah, tengah hari, kapal terbang, terima kasih
b) istilah khusus - model linear, garis pusat, lut sinar
c) maksud kiasan - kaki ayam, anak emas, berat mulut

  KATA GANDA
  
PENUH - rama-rama, besar-besar, jangan-jangan.
SEPARA - lelaki, lelayang, berlari-lari, tolong-menolong, tertanya-tanya.
BERENTAK- lauk-pauk, anak-pinak, kuih-muih, gunung-ganang, simpang-siur, sampah-sarap

Monday 22 October 2012

MODEL PENGAJARAN




DEFINISI PENGAJARAN

Satu proses merangkumi perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.
Memberi panduan kepada guru tentang langkah-langkah mengajar yang utama & merancang serta melaksanakan proses P&P
Membentuk rangka pengajaran yang lengkap
Panduan asas kepada guru dalam sesi maklum balas serta ubah suai untuk proses P&P selanjutnya.
W.H Kilpatrik (1871 – 1965)
Pengajaran harus berpusatkan pelajar dan bukan guru.

MODEL-MODEL PENGAJARAN

           1. EKSPOSITORI
Penyampaian maklumat @ isi kandungan secara langsung kepada murid.
Melalui aktiviti bercerita, penerangan, demonstrasi.
Guru beri penerangan, murid mendengar, faham, ingat dan rekod isi penting.

2. PEMEROSESAN MAKLUMAT

Teori pembelajaran Gagne dikenali sebagai teori pemerosesan maklumat.
Rangsangan-proses-stor jangka pendek
Semasa dalam jangka pendek rangsangan dikodkan untuk mendapatkan makna tertentu- hantar ke stor jangka panjang (pengalaman).

3. INKUIRI-PENEMUAN

Merangkumi segala proses soal selidik untuk dapat jawapan @ kesimpulan daripada masalah yang dikemukakan.
Merangkumi 5 proses pembelajaran iaitu kenalpasti masalah, rancang strategi, kumpul maklumat,kaji & analisis maklumat dan melakukan  generalisasi 

4. PERBINCANGAN

Melibatkan aktiviti perbualan antara guru & murid.
Aktiviti pembelajaran bertukar-tukar fikiran, kongsi maklumat.
Antara sesi perbincangan dalam P&P ialah perbahasan, seminar, forum dan buzz

      5. PROJEK

Penyiasatan mendalam
Mengaplikasi pengetahuan/kemahiran
3 fasa:
a. Fahaman pada awal kajian
b. Perkembangan/progres projek
c. Mengimbas kembali

STRATEGI PENGAJARAN

1. PEMUSATAN GURU/eksplisit
Latihan amali
Melibatkan langkah-langkah
Demonstrasi
Persembahan bahan

2. PEMUSATAN MURID
Penerokaan
Inkuiri
Perbincangan
3. BERASASKAN SUMBER
Penggunaan sumber secara meluas
Video
Pita rakaman
Radio
Tv
Buku kerja 

4. BERASASKAN TUGASAN

Mengguna tugasan murid
Memberi bimbingan
Membaiki tugasan
Memantau kerja penyediaan tugasan
Melihat tahap penyediaan tugasan

KONSEP PENGAJARAN

1. KESEPADUAN
2. INDUKTIF
3. DEDUKTIF
4. ELEKTIF
KAEDAH/TEKNIK PENGAJARAN

1. BELAJAR SAMBIL BERMAIN
2. MAIN PERANAN
3. SUMBANGSARAN
4. TEMATIK
5. BERCERITA
6. PERBINCANGAN
7. DEMONTRASI/TUNJUK CARA
8. PENYELESAIAN MASALAH
9. PEMBELAJARAN MASTERI


Monday 24 September 2012

MENULIS RUJUKAN APA IPG PERLIS


Panduan menulis senarai rujukan
Seorang pengarang
Nama akhir (last name)/Nama keluarga(surname) dahulu diikuti oleh huruf pertama nama awal pengarang (author initials)
Smith, F. (1985). Reading.
Cambridge: Cambridge
University.
Dua hingga tujuh pengarang
(Senaraikan semua pengarang)
Nama akhir/Nama keluarga dahulu diikuti oleh huruf pertama nama awal pengarang. Gunakan simbol ‘&’ bukannya ‘dan’.
Grice,H.P., & Gregory,R.L. (1968). Early language development. New York: McGraw-Hill.
Kamarulzaman Bakri, Rohaida Che Dan, Rosnani Noh, Rodziah Hassan & Ahmad Rifae. (2004). Strategi bimbingan rakan sebaya timbal-balik: Refleksi terhadap pelaksanaannya. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lapan atau lebih pengarang
Masukkan senarai enam pengarang pertama diikuti dengan tiga titik ellipsis (…) dan diakhiri dengan nama pengarang terakhir.
Roeder,K., Howdeshell,J., Fulton,L., Lochhead,M., Craig,K., Peterson,R., ... Applin,M. (1967). Nerve cells and insect behavior: A manual. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Pengarang Melayu
Tinggalkan ‘bin’ atau ‘binti’
Dato’ Ismail Bin Kamus
Dipetik sebagai
Ismail Kamus (2010). Indahnya amalan doa. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
Pengarang Cina
Nama keluarga (surname) diikuti oleh huruf pertama nama pengarang yang seterusnya (First name followed by author initial)
Cai Jin Fai
Dipetik sebagai
Cai, J.F. (1998). Exploring students’ conceptual … algorithm. School Science and Mathematics, 98(2), 93-98.
Pengarang Cina dengan nama Inggeris
Nama keluarga (surname) diikuti oleh huruf pertama nama pengarang yang seterusnya (First name followed by author initials)
Vincent Foo Hiap Khian
Dipetik sebagai
Foo, V.H.K. (1993). Sarawak: Mini episodes of the past. Petaling Jaya: Fajar Bakti.



Panduan menulis senarai rujukan
Nama India &Sikh
Tinggalkan d/o, s/o, a/l, a/p
Parmjit Singh. (20007). Bridging children learning from multiplicative structures to proportional reasoning. Prosiding EARCOME 2007, pp 335-341.
Nama yang diwarisi
Gunakan nama yang diwarisi
Raja Ahmad Niza
Dipetik sebagai
Raja Ahmad Niza
Kurniaan gelaran
Tinggalkan gelaran seperti Datuk/Tan/Sri/Tun/Prof/Dr/Haji
Tun Dr Mahathir Mohamad
Dipetik sebagai
Mahathir Mohamad
Agensi, Persatuan atau Institusi sebagai pengarang
Gunakan nama lengkap yang rasmi
Contoh: American Psychological Association bukannya APA.
Contoh: Kementerian Pelajaran Malaysia bukannya KPM
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Spesifikasi kurikulum tahun 6. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Badan korporat
Gunakan nama lengkap yang rasmi
Committee of Bank Rakyat
(2010). Bank Rakyat
finance. Kuala Lumpur: DBP.
Nama Persidangan (Conference)
Tidak perlu masukkan nombor/bilangan.
Fourth International Conference on Science and Mathematics Education. (2011).
Dipetik sebagai
International Conference on Science and Mathematics Education. (2011).
Pengarang tidak diketahui/ Tiada pengarang
Gunakan tajuk artikel sebagai menggantikan nama pengarang
Developing a team work. (2006






Senarai rujukan : Buku, buku rujukan, and bab dalam buku (book chapters)
Jenis rujukan
Bentuk am
Contoh rujukan
Seluruh buku, versi bercetak (Entire book, print version)
Author, A.A. (Year). Title of work. Location:Publisher.
Bandura, A.J. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Seluruh buku, versi elektronik
Author, A.A. (Year). Title of work. Retrieved from http://www.xxxxx
Shotton, M.A. (1989). Computer addiction? A study of computer dependency. Retrieved from http://www.ebookstore.tandf.co.uk/html/index.asp
Buku yang diedit bersama pengarang
Author, A.A. (Year). Title of work. (A.A. Editor, Ed.). Location: Publisher.
Plath, S. (2000). The unabridged journals (K.V. Kuklil, Ed.). New York: Anchor.
Buku yang diedit tetapi tanpa pengarang
Editor, A.A. (Ed.). (Year). Title of work. Location: Publisher.
Smith, F., & Kenney, G.M. (Eds.).
(1985). Reading. Cambridge:
Cambridge University.
Bab dalam buku versi bercetak
Author, A.A., & Author, B.B. (1995). Title of chapter. In A. Editor, B. Editor, & C. Editor (Eds.), Title of book (pp. xxx-xxx). Location: Publisher.
Pugalee, D. (1985). Levels
of thinking. In J. Hierbert (Ed.),
Mathematical thinking (pp.221 –
240). New York: Guilford Press.
Bab dalam buku versi elektronik
Author, A.A., & Author, B.B. (1995). Title of chapter. In A. Editor, B. Editor, & C. Editor (Eds.), Title of book (pp. xxx-xxx). Retrieved from http://www.xxxxx
Pugalee, D. (1985). Levels
of thinking. In J. Hierbert (Ed.),
Mathematical thinking (pp.221 –
240). Retrived from http://www.nhlbi.nih/entries/html
Buku yang telah diedit lebih dari sekali
Helfer, M.E., Kerne, R.S., & Drugman, R.D. (1997). The battered child (5th ed.). Chicago: University of Chicago Press.
Rujukan atas talian dan tiada pengarang atau editor
Heuristic. (n.d.). In Merriam-Webster’s online dictionary (11th ed.) Retrived from http://www.m-.com/dictionary/heuristic