Tuesday 14 August 2012

SINTAKSIS


AYAT MAJMUK

(a)  Ayat Majmuk Gabungan
(b) Ayat Majmuk Pancangan
(c) Ayat Majmuk Campuran
(d) Ayat Majmuk Pasif

Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya.
Ayat majmuk pancangan ialah satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
Ayat Majmuk Pancangan Relatif

1. Saya membeli baju yang berwarna hitam.

2. Mereka menonton wayang yang amat lucu

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

1. Dia mengetahui bahawa Ali telah pergi.

2. Murid itu pulang untuk membaca buku.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

1. Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.

2. Anak itu menangis kerana ia lapar.

Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contoh Ayat Majmuk Campuran ialah:
 Aminah sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.
 Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan-peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan-peraturan itu mesti dipatuhi

Ayat Majmuk Pasif terdiri daripada empat jenis iaitu:
Ayat Majmuk Pasif Gabungan

Contoh:
i) Aktif: Saya minum teh dan Aminah makan nasi.

Pasif: Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.
ii) Aktif: Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.

Pasif: Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.

Ayat Majmuk Pasif Relatif
Contoh:
i) Aktif: Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati.

Pasif: Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa.
ii) Aktif: Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

Pasif: Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.
Ayat Majmuk Pasif Komplemen

Contoh:
i) Aktif: Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.

Pasif: Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.
ii) Aktif: Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di India.

Pasif: Bahawa wabak taun telah merebak di India dilaporkan oleh akhbar itu.
Ayat Majmuk Pasif Keterangan

Contoh:
i) Aktif: Abu akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.

Pasif: Buku itu akan dibeli oleh Abu kalau ayah membenarkannya.
Pasif: Abu akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.
ii) Aktif: Sungguhpun badannya letih Ahmad tetap menghadiri majlis perayaan itu.

Pasif: Sungguhpun badannya letih majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Ahmad.

No comments:

Post a Comment