PUISIDRA
Puisidra ialah puisi yang
didramakan / dilakonkan.
Seorang
pelajar mendeklamasikan / membaca / melagukan puisi manakala sekumpulan pelajar
yang
lain akan melakonkannya tanpa suara
Pergerakan pelakon adalah selaras
dengan ungkapan puisi yang dibacakan itu.
Sesuai untuk puisi moden dan
tradisional seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka.
Pilih puisi yang boleh didramakan /
ada pergerakan.
baca dan fahami bersama-sama pelajar.
beri arahan yang jelas kepada
pelajar.
arahan kepada pendeklamator, pelakon dan pendengar.
baca puisi dan fahami
mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan yang lain.
Fahami maksud keseluruhan.
Pelajar terlibat akan membuat
persembahan.
Pelajar tidak terlibat akan membuat
catatan sebagaimana yang diarahkan oleh guru.
Guru memilih 1 kumpulan murid ke hadapan kelas. Seorang daripada mereka diminta untuk
melagukan syair manakala murid lain akan
melakonkannya.
Murid yang tidak terlibat akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan
mereka akan menyaksikan puisidra yang dipersembahkan di hadapan kelas.
DEKON
Dekon – singkatan dari deklamasi dan lakon, suatu cara penghayatan seni
melalui pengungkapan deklamasi dan berlakon (cara A. Samad Said).
Menekankan pergerakan di pentas sewaktu menyampaikan puisi/bercerita. Bercerita secara sendirian akan peristiwa yang
terjadi (imbas kembali) atau kejadian yang bakal terjadi (imbas muka) akan
lebih berkesan dan akan jadi lebih jelas garapannya sekiranya
kejadian/peristiwa tersebut digambarkan atau divisualkan.
Dengan begitu ada watak-watak lain juga akan dimunculkan selain si
pencerita itu bermonolog sendirian.
Aksi bermonolog (bercakap sendirian) berkembang menjadi adegan berdailog
oleh beberapa watak kemudian dan ada peristiwa yang terjadi/berlaku secara
serentak.
Apakah, menyampaikan suara hati seseorang atau watak hanya cukup dengan
lontaran kata-kata saja atau lebih menimbulkan suasananya dengan bantuan teknik
bunyi dari alat muzik.
Apakah untuk menyatakan perasaan gembira atau sedih tidak cukup dengan
bercakap sendiri saja tapi barangkali lebih terungkap disampaikan secara
menyanyi, bersyair, bergurindam, bernazam atau apa.
Kelihatannya bila ada unsur-unsur yang berirama di masukkan sebagai
pelengkap dalam sesebuah seni lakon, ya, sesuatu yang cukup menarik dan
terhibur jadinya.
Dan cara begini tidak keterlaluan dan tidak akan mengheret persembahan
menjadi sebuah muzika atau ala konset muzik.
Barangkali boleh kita rumuskan kerja seni pementasan yang ingin kita
tampilkan ini suatu garapan kerja seni yang mengandungi antaranya ada monolog,
watak, ada deklamasi yang dilontarkan oleh watak, ada adegan yang merangkaikan
beberapa watak, ada dialog dan ada unsur muzik ditampilkan.
Keseluruhan unsur-unsur begini boleh melahirkan sebuah persembahan yang
kita maksudkan sebagai Dekon.
Pemain adalah elemen utama. Sementara alat bantu kepada pemain adalah
latar tempat, apakah ia berupa sebuah ruang tamu, taman atau di pingggir sungai
atau di atas sebuah jambatan. Latar masa pula boleh saja pada malam atau siang
hari, waktu aman atau waktu perang, zaman penjajahan atau zaman setelah
merdeka! Elemen kostum yang dipakai pada pemain menyokong kepada peribadi,
usia, kerjaya dan sosial watak.
Manakala prop juga memainkan peranan sebagai alat yang berhubung dekat
perwatakan samada merungkaikan soal kebiasaan, tabiat, kesukaan, hobi dan
sebagainya. Sementara set, warna dan pengcahayaan adalah elemen bantu yang
cukup memberi makna pada cerita dekon yang dihidangkan.
Tetapi dalam upaya mengejar ghairah menata set jangan pula sampai semua
elemen bantu ini boleh menenggelamkan pemain bila berada di atas pentas.
Kalau keadaannya sampai pemain ditutup oleh peralatan set pentas yang
macam-macam, maka setting itu hanya akan menjadi ruang pamiran perabut-perabut
rumahtangga semata dan bukan ruang dekon.
Alat bantu set seharusnya tidak membebankan dan memakan biaya yang
besar. Set yang sederhana tapi memberi makna dan impak kepada cerita dekon dan
mengungkapkan citra pemain beraksi di atas pentas adalah amat tepat sebagai set
yang berfungsi.
Tentu saja menata set untuk sebuah persembahan dekon baik yang berbentuk
realis, atau yang non realis atau absud apa drama tari segala macam, bukan soal
kemeriahannya.
Tetapi elemen guna pakai bilamana beraksinya pemain atau penari sewaktu
berada di atas pentas yang tidak jadi penuh/crowd atau menyebabkan sempit dan
menyulitkan pemain atau terlalu menganggu pemain dan akan merosakkan citra
sesebuah set.
Bukan cantik set atau mahalnya biaya set diperhitungkan tetapi sejauh
mana guna pakai set dapat berfungsi. Inilah yang harus diperhitungkan oleh
penata penggung dekon.
Bahan set boleh saja dari bahan-bahan yang sedia ada, apa kain- kain
bundel, peti-peti kayu, kardus, kotak-kotak atau kain-kain rombingan, kertas- kertas
akhbar terpakai, papan-papan reja, atau plastik, tali-tali, bambu-bambu atau
apa saja bahan yang ada di sekeliling kita.
Menjadi tantangan penata set adalah bagaimana menggarap set yang memberi
makna kepada pementasa dekon atau yang banyak membantu pelakon untuk memberikan
kehidupan kepada cerita dekon yang dipentaskan, bukan biaya besar yang
diperuntukkan untuk set dekon.
Penata set jangan mudah tergoda dengan set-set yang besar seperti dalam
pementasan di Istana Budaya atau gambaran set kamar dalam rumah, set bilik
tidur, ruang tamu, dapur, taman di belakang rumah, restoran atau warong nasi
lemak yang belum tentu sesuai di naikkan ke atas pentas seperti dalam filem
atau drama televisyen.
Pemakaian teknik lampu juga bilamana menggunakan lampu strok atau asap
untuk mencipta suasana boleh dilaksanakan sekadar mengungkap keadaan dan jangan
keterlaluan yang boleh menghilangkan roh dalam dekon yang dihidangkan.
Begitu juga dalam soal kesan bunyi – boleh dipakai alat perakam
bunyi/tep/kasset untuk menimbulkan suasana seram, lengang, malam hari yang
sepi, bunyi kebisingan kota, suasana yang terlalu kacau dan lain-lain.
Sebuah lakon dekon, kita kira adalah sebuah pergelaran yang cukup
sederhana bahannya baik naskah, perencanaan alatan dan tata bunyi serta teknik
perlampuannya tapi mengheret pengertian yang cukup berat untuk
memperkatakannya.
Dekon ada monolog, ada deklamasi, ada dialog, ada suasana bermain dengan
dalaman watak, ada pertentangan watak antara watak, ada mimpi, ada ingatan
kenangan lalu dan ada andaian peristiwa bakal terjadi dan ada nyanyi atau irama
seni suara.
Kesemua elemen ini bisa saja berlaku dalam 5 adegan untuk satu babak
persembahan yang memakan waktu relatifnya antara 30 minit ke satu jam
pementasan.
No comments:
Post a Comment