Kaedah Struktural
Strukturalisme ialah pendekatan yang digunakan untuk
menganalisis karya naratif dengan meneliti struktur dalaman teks
Strukturalisme berasal daripada linguistik Ferdinad de
Saussure yang mengetengahkan cara berfikir tentang dunia melalui persepsi dan
deskripsi berhubung dengan fenomena metos dan ritual untuk melihat sistem
tanda.
Pandangan tersebut telah ditransformasikan ke dalam bidang
kesusasteraan oleh tokoh-tokoh selepasnya
Strukturalisme zaman awal berpendapat bahasa memainkan
peranan penting dalam pencarian makna
Makna itu pula bukanlah sesuatu yang mudah dicari
memandangkan makna itu sendiri suatu konsep yang abstrak.
Suatu makna adalah sebagai fungsi sistem bahasa, sistem itu
pula membentuk struktur sastera dan seterusnya mempunyai hubungan dengan sistem
kehidupan
Strukturalisme
menyatakan pengkritik haruslah berusaha untuk mencari makna teks berdasarkan
struktur teks itu sendiri. Menurut pendekatan ini, dalam sesebuah itu
terkandung makna sebenar dan pengkritik bertanggungjawab menyorot dan
menggeledah struktur teks tersebut
Teori ini melihat pembentukan kesatuan teks dalam erti kata
teks sastera sebagai jalinan struktur yang kompleks
Segala unsur yang membentuk karya itu perlu diselidiki dan
dianalisis dan dengan berbuat demikian makna keseluruhan teks akan dapat
dijelmakan. Teori ini menekankan elemen yang menjadi pengawal sesebuah teks.
Pengawal sesebuah teks itu ialah segala unsur yang menjalin teks yang terdiri
daripada keseluruhan, transformasi, regulasi diri, sinkronik dan desentralisasi
Menganalisis karya semata-mata berpandukan kepada apa yang
dihasilkan
Menghuraikan aspek ekstrinsiknya
Melihat mutu pencapaian karya, bukannya usaha penyelidikan
karya tersebut
Pertama, Karya sastera sebagai sebuah dunia yang mempunyai
rangka dan bentuknya tersendiri ibarat sebuah rumah.
Melihat komponen tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan
sudut pandangan
Memberi perhatian yang utama terhadap aspek-aspek dan
unsur-unsur membina sesebuah karya iaitu aspek teknik karya
Menurut C.T.Winchester, 1960, kekuatan karya terletak pada
teknik dan kemahiran pengarang bercerita atau berkarya
KAEDAH MENGALAMI
MENGHAYATI
Pendekatan yang menekankan pengalaman pelajar dan sejauhmana
pelajar dapat menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca.
Keupayaan mengaitkan pengalaman dengan isi karya yang dikaji
Kebolehan memahami dahulu isi cerita atau maksud puisi sebelum mengkaji secara
terperinci aspek-aspek struktur sesebuah karya
Keupayaan memberikan pendapat dan menilai aspek-aspek
struktur yang tertentu dalam sesebuah karya sastera.
a.Guru suruh murid baca dulu karya sastera
b.Adegan/aksi/aspek paling berkesan dipilih guru untuk diaktifkan dalam aktiviti.
c.Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya.Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi.Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau karya gurindam dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, zapin, dangdut dan yang bersesuaian
d.Murid menyatakan pengalamannya dan pengalaman dalam karya sastera.
b.Adegan/aksi/aspek paling berkesan dipilih guru untuk diaktifkan dalam aktiviti.
c.Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya.Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi.Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau karya gurindam dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, zapin, dangdut dan yang bersesuaian
d.Murid menyatakan pengalamannya dan pengalaman dalam karya sastera.