Thursday 20 June 2013

Pendekatan Pemahaman Teks



Kaedah Struktural

Strukturalisme ialah pendekatan yang digunakan untuk menganalisis karya naratif dengan meneliti struktur dalaman teks
Strukturalisme berasal daripada linguistik Ferdinad de Saussure yang mengetengahkan cara berfikir tentang dunia melalui persepsi dan deskripsi berhubung dengan fenomena metos dan ritual untuk melihat sistem tanda.
Pandangan tersebut telah ditransformasikan ke dalam bidang kesusasteraan oleh tokoh-tokoh selepasnya
Strukturalisme zaman awal berpendapat bahasa memainkan peranan penting dalam pencarian makna
Makna itu pula bukanlah sesuatu yang mudah dicari memandangkan makna itu sendiri suatu konsep yang abstrak.
Suatu makna adalah sebagai fungsi sistem bahasa, sistem itu pula membentuk struktur sastera dan seterusnya mempunyai hubungan dengan sistem kehidupan
 Strukturalisme menyatakan pengkritik haruslah berusaha untuk mencari makna teks berdasarkan struktur teks itu sendiri. Menurut pendekatan ini, dalam sesebuah itu terkandung makna sebenar dan pengkritik bertanggungjawab menyorot dan menggeledah struktur teks tersebut
Teori ini melihat pembentukan kesatuan teks dalam erti kata teks sastera sebagai jalinan struktur yang kompleks
Segala unsur yang membentuk karya itu perlu diselidiki dan dianalisis dan dengan berbuat demikian makna keseluruhan teks akan dapat dijelmakan. Teori ini menekankan elemen yang menjadi pengawal sesebuah teks. Pengawal sesebuah teks itu ialah segala unsur yang menjalin teks yang terdiri daripada keseluruhan, transformasi, regulasi diri, sinkronik dan desentralisasi
Menganalisis karya semata-mata berpandukan kepada apa yang dihasilkan
Menghuraikan aspek ekstrinsiknya
Melihat mutu pencapaian karya, bukannya usaha penyelidikan karya tersebut
Pertama, Karya sastera sebagai sebuah dunia yang mempunyai rangka dan bentuknya tersendiri ibarat sebuah rumah.
Melihat komponen tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan
Memberi perhatian yang utama terhadap aspek-aspek dan unsur-unsur membina sesebuah karya iaitu aspek teknik karya
Menurut C.T.Winchester, 1960, kekuatan karya terletak pada teknik dan kemahiran pengarang bercerita atau berkarya 

KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI

Pendekatan yang menekankan pengalaman pelajar dan sejauhmana pelajar dapat menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca.
Keupayaan mengaitkan pengalaman dengan isi karya yang dikaji Kebolehan memahami dahulu isi cerita atau maksud puisi sebelum mengkaji secara terperinci aspek-aspek struktur sesebuah karya
Keupayaan memberikan pendapat dan menilai aspek-aspek struktur yang tertentu dalam sesebuah karya sastera.
a.Guru suruh murid baca dulu karya sastera
b.Adegan/aksi/aspek paling berkesan dipilih guru untuk diaktifkan dalam aktiviti.
c.Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya.Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi.Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau karya gurindam dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, zapin, dangdut dan yang bersesuaian
d.Murid menyatakan pengalamannya dan pengalaman dalam karya sastera.

No comments:

Post a Comment