Tuesday 18 June 2013

Sastera Dalam Pengisian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah



Sastera dalam KBSR
Dalam objektif sukatan pelajaran:
i. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
ii. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
iii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
iv. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
v. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat  patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.
Hasil Pembelajaran Kemahiran Lisan
2. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang    didengar, ditonton, dibaca , atau dialami
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta  sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat 
2.3 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu
Hasil Pembelajaran Kemahiran Membaca
Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks  yang dibaca
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.
7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.
 7.4 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif
 Hasil Pembelajaran Kemahiran Menulis
10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.
10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.
 11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.
11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.
11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.
Sastera dalam KSSR
1.KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
 2. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
3. KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.
4. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur
Unsur dan Bahan sastera.
Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud katayang membawa maksud khusus iaitu :Su indah, baik,, lebih berfaedahSastera huruf atau buku(ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya
J.S Badudu
Sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi
Hashim Awang
Ciptaan senia yang disampaikan melalui bahasa.
GENRE SASTERA 
Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatugaya, bentuk atau kandungan tertentu.
KAMUS DEWAN
Hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaanyang tertentu
Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :
a.Intelek.
 Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuahKarya sastera
b.Emosi.
 Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.
c.Imaginasi.
 Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan peristiwa.
d.Teknik.-
 Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain

4 comments:

  1. Salam Sejahtera Tuan...bolehkah saya minta nota ini dalam soft copy dari Tuan???

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya minta izin untuk minta nota ini. terima kasih

    ReplyDelete