Saturday, 3 November 2012

MORFOLOGI



Bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Struktur kata -susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna .

Bentuk kata - ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah- proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungSI    dengan anggota lain dalam golongan yang sama. 

Unsur terkecil dalam morfologi ialah morfem dan morfem berperanan untuk membentuk perkataan
Morfem satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi  bahasa gramatis atau yang menjalankan tugas nahu
Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat
1. Morfem Bebas
Secara tersendiri mempunyai makna; yang boleh berdiri sendiri.
Contoh . saya, rumah, meja, pen
2. Morfem Terikat
Tidak boleh berdiri sendiri
Contoh. “me-”, “ber-” (imbuhan)

BENTUK KATA:-

KATA TUNGGAL - Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata, tiga suku kata dan akronim


 KATA TERBITAN-Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu  proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan
Kata Terbitan Berawalan
Kata Terbitan Berakhiran
Kata Terbitan Berapitan
Kata Terbitan Bersisipan

 KATA MAJMUK – Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. 
Dieja terpisah dan bertindak sebagai  satu unit iaitu tidak boleh menerima sebarang sisipan unsur lain. Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan makna tertentu. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :
a) rangkai kata bebas - bandar raya,  gambar rajah, tengah hari, kapal terbang, terima kasih
b) istilah khusus - model linear, garis pusat, lut sinar
c) maksud kiasan - kaki ayam, anak emas, berat mulut

  KATA GANDA
  
PENUH - rama-rama, besar-besar, jangan-jangan.
SEPARA - lelaki, lelayang, berlari-lari, tolong-menolong, tertanya-tanya.
BERENTAK- lauk-pauk, anak-pinak, kuih-muih, gunung-ganang, simpang-siur, sampah-sarap

Monday, 22 October 2012

MODEL PENGAJARAN




DEFINISI PENGAJARAN

Satu proses merangkumi perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.
Memberi panduan kepada guru tentang langkah-langkah mengajar yang utama & merancang serta melaksanakan proses P&P
Membentuk rangka pengajaran yang lengkap
Panduan asas kepada guru dalam sesi maklum balas serta ubah suai untuk proses P&P selanjutnya.
W.H Kilpatrik (1871 – 1965)
Pengajaran harus berpusatkan pelajar dan bukan guru.

MODEL-MODEL PENGAJARAN

           1. EKSPOSITORI
Penyampaian maklumat @ isi kandungan secara langsung kepada murid.
Melalui aktiviti bercerita, penerangan, demonstrasi.
Guru beri penerangan, murid mendengar, faham, ingat dan rekod isi penting.

2. PEMEROSESAN MAKLUMAT

Teori pembelajaran Gagne dikenali sebagai teori pemerosesan maklumat.
Rangsangan-proses-stor jangka pendek
Semasa dalam jangka pendek rangsangan dikodkan untuk mendapatkan makna tertentu- hantar ke stor jangka panjang (pengalaman).

3. INKUIRI-PENEMUAN

Merangkumi segala proses soal selidik untuk dapat jawapan @ kesimpulan daripada masalah yang dikemukakan.
Merangkumi 5 proses pembelajaran iaitu kenalpasti masalah, rancang strategi, kumpul maklumat,kaji & analisis maklumat dan melakukan  generalisasi 

4. PERBINCANGAN

Melibatkan aktiviti perbualan antara guru & murid.
Aktiviti pembelajaran bertukar-tukar fikiran, kongsi maklumat.
Antara sesi perbincangan dalam P&P ialah perbahasan, seminar, forum dan buzz

      5. PROJEK

Penyiasatan mendalam
Mengaplikasi pengetahuan/kemahiran
3 fasa:
a. Fahaman pada awal kajian
b. Perkembangan/progres projek
c. Mengimbas kembali

STRATEGI PENGAJARAN

1. PEMUSATAN GURU/eksplisit
Latihan amali
Melibatkan langkah-langkah
Demonstrasi
Persembahan bahan

2. PEMUSATAN MURID
Penerokaan
Inkuiri
Perbincangan
3. BERASASKAN SUMBER
Penggunaan sumber secara meluas
Video
Pita rakaman
Radio
Tv
Buku kerja 

4. BERASASKAN TUGASAN

Mengguna tugasan murid
Memberi bimbingan
Membaiki tugasan
Memantau kerja penyediaan tugasan
Melihat tahap penyediaan tugasan

KONSEP PENGAJARAN

1. KESEPADUAN
2. INDUKTIF
3. DEDUKTIF
4. ELEKTIF
KAEDAH/TEKNIK PENGAJARAN

1. BELAJAR SAMBIL BERMAIN
2. MAIN PERANAN
3. SUMBANGSARAN
4. TEMATIK
5. BERCERITA
6. PERBINCANGAN
7. DEMONTRASI/TUNJUK CARA
8. PENYELESAIAN MASALAH
9. PEMBELAJARAN MASTERI