Thursday, 15 May 2014
Contoh Soalan Morfologi
Jawab dua soalan sahaja.
1.Kata atau perkataan terbentuk daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Susunan morfem tersebut akan membentuk kata yang dikenali sebagai:
i. Kata Tunggal
ii. Kata Terbitan
iii. Kata Majmuk
iv. Kata Ganda
a)Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kata tunggal, dan bincangkan jenis-jenis kata tunggal satu suku kata berdasarkan pola suku katanya. Penerangan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh perkataan yang sesuai.
( 10 markah )
b)Kata terbitan ialah sebarang kata yang telah menerima imbuhan, sama ada awalan, apitan, sisipan, mahupun akhiran. Bincangkan fungsi imbuhan, dan nyatakan jenis-jenis imbuhan mengikut golongan kata yang terbentuk.
( 10 markah )
2. Kata kerja boleh dibahagikan kepada 2 jenis berdasarkan bentuk ayatnya;
iaitu Kata Kerja Transitif, dan Kata Kerja Tak Transitif.
a)Jelaskan konsep kedua-dua jenis kata kerja tersebut berpandukan ayat-ayat yang di bawah sebagai contoh:
i. Semua orang pulang.
ii. Gadis itu tersenyum
iii. Saya tinggal di Sungai Merab
iv. Keadaan bapa beransur baik.
v. Saya telah menjawab surat itu.
vi. Ayah membesarkan rumah.
( 10 markah )
b)Kata Kerja Tak Transitif terbahagi kepada 2 jenis; iaitu Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap dan Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap. Huraikan konsep kedua-dua jenis kata kerja ini dengan memberikan 5 contoh ayat untuk setiap satu jenis kata kerja.
(10 markah )
Kata Tugas terbahagi kepada 4 kelompok dasar berdasarkan fungsinya,
sama ada di dalam frasa, atau di dalam ayat. Berdasarkan kelompok dasar tersebut terdapat pelbagai jenis kata yang mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza.
a)Huraikan 4 kelompok dasar Kata Tugas yang dimaksudkan itu, dari segi fungsi, dan penggunaannya
( 10 markah)
b)Bincangkan fungsi dan penggunaan Kata Tugas dalam ayat berdasar 5 jenis Kata Sendi Nama yang anda pilih. Perbincangan perlu disertakan dengan contoh-contoh ayat yang sesuai.
( 10 markah )
Subscribe to:
Posts (Atom)