Friday 19 April 2013

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa



Teknik Drama
Drama ialah satu pertunjukan yang berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan, dan klimaks serta kesimpulan.
Antara teknik drama ialah mimos,arca, improvisasi, main peranan, simulasi, teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon.
Mimos
Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun.
Simulasi
Kaedah simulasi ialah ‘satu aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam satu keadaan yang ditiru atau diserupakan dengan keadaan sebenar.’ (Othman, 1993). Kaedah simulasi melibatkan pelajar memainkan peranan seolah-olah berada dalam keadaan sebenar. Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat dilaksanakan supaya pelajar dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi sebenar.  Simulasi boleh dilaksanakan dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif.
Improvisasi
Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian , keadaan/situasi dalam kehidupan seharian. Tiada skrip lengkap yang ditulis dan dihafal sebelum pementasan dijalankan. Pelakon hanya diminta memahami jalan cerita sebuah pementasan dan menghayati watak yang diberikan oleh sutradaranya. Ketika pementasan berlaku, pelakon akan melafazkan dialog yang dibina sendiri secara spontan, bersesuaian dengan situasi yang dilakonkan.
Main peranan
Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya. Kanak-kanak yang diberi peranan akan memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi. Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan.
Teater bercerita
Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara pencerita dengan pelakon. Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan. Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik. Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil  melakonkan aksi yang disebut oleh pencerita.

No comments:

Post a Comment