Monday 5 November 2012

MADAH BUAT RENUNGAN ANAK-ANAKKU J1 DAN G2



PUISI :  PABILA  

Pabila masa lalu mendewasakan kalian
Maka kalian  teladani  untuk  neraca diri
Pabila ditemui  cahaya pada setiap gerak nadi
Maka  terbuka akhirnya jiwa yang beku

Renungilah...
Pabila musafir datang dan pergi
Di sana kalian temui  jalan menuju abadi  menyingkir kehidupan fana
Pabila musafir berteduh rimbunan pokok
Di sana kalian temui tempat singgah sementara  mengisi bekalan
Bekalanlah   mampu memanjat  pelangi impian
Menjadi  untaian makna sebuah kehidupan
Rabb  tunjukanlah....  kepada ciptaan-Mu  erti  benang kebenaran
demi sesuatu perjanjian hari esok  yang melaut sebuah rasa cinta  kudus

Pabila musafir telusuri  pantai berombak
Di sana kalian temui buih-buih ombak ummat yang amat rapuh
Saat  inilah kalian diharapkan
mampu memintal  buih  menjadi  kalungan bunga  yang mengukir  pelangi kedaulatan  diin.
Kalianlah  
Musafir menemui cahaya abadi   yang  pasti. 

Saturday 3 November 2012

MORFOLOGI



Bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Struktur kata -susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna .

Bentuk kata - ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah- proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungSI    dengan anggota lain dalam golongan yang sama. 

Unsur terkecil dalam morfologi ialah morfem dan morfem berperanan untuk membentuk perkataan
Morfem satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi  bahasa gramatis atau yang menjalankan tugas nahu
Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat
1. Morfem Bebas
Secara tersendiri mempunyai makna; yang boleh berdiri sendiri.
Contoh . saya, rumah, meja, pen
2. Morfem Terikat
Tidak boleh berdiri sendiri
Contoh. “me-”, “ber-” (imbuhan)

BENTUK KATA:-

KATA TUNGGAL - Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata, tiga suku kata dan akronim


 KATA TERBITAN-Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu  proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan
Kata Terbitan Berawalan
Kata Terbitan Berakhiran
Kata Terbitan Berapitan
Kata Terbitan Bersisipan

 KATA MAJMUK – Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. 
Dieja terpisah dan bertindak sebagai  satu unit iaitu tidak boleh menerima sebarang sisipan unsur lain. Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan makna tertentu. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :
a) rangkai kata bebas - bandar raya,  gambar rajah, tengah hari, kapal terbang, terima kasih
b) istilah khusus - model linear, garis pusat, lut sinar
c) maksud kiasan - kaki ayam, anak emas, berat mulut

  KATA GANDA
  
PENUH - rama-rama, besar-besar, jangan-jangan.
SEPARA - lelaki, lelayang, berlari-lari, tolong-menolong, tertanya-tanya.
BERENTAK- lauk-pauk, anak-pinak, kuih-muih, gunung-ganang, simpang-siur, sampah-sarap