Tuesday 14 August 2012

SINTAKSIS


AYAT MAJMUK

(a)  Ayat Majmuk Gabungan
(b) Ayat Majmuk Pancangan
(c) Ayat Majmuk Campuran
(d) Ayat Majmuk Pasif

Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya.
Ayat majmuk pancangan ialah satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
Ayat Majmuk Pancangan Relatif

1. Saya membeli baju yang berwarna hitam.

2. Mereka menonton wayang yang amat lucu

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

1. Dia mengetahui bahawa Ali telah pergi.

2. Murid itu pulang untuk membaca buku.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

1. Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.

2. Anak itu menangis kerana ia lapar.

Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contoh Ayat Majmuk Campuran ialah:
 Aminah sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.
 Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan-peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan-peraturan itu mesti dipatuhi

Ayat Majmuk Pasif terdiri daripada empat jenis iaitu:
Ayat Majmuk Pasif Gabungan

Contoh:
i) Aktif: Saya minum teh dan Aminah makan nasi.

Pasif: Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.
ii) Aktif: Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.

Pasif: Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.

Ayat Majmuk Pasif Relatif
Contoh:
i) Aktif: Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati.

Pasif: Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa.
ii) Aktif: Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

Pasif: Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.
Ayat Majmuk Pasif Komplemen

Contoh:
i) Aktif: Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.

Pasif: Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.
ii) Aktif: Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di India.

Pasif: Bahawa wabak taun telah merebak di India dilaporkan oleh akhbar itu.
Ayat Majmuk Pasif Keterangan

Contoh:
i) Aktif: Abu akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.

Pasif: Buku itu akan dibeli oleh Abu kalau ayah membenarkannya.
Pasif: Abu akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.
ii) Aktif: Sungguhpun badannya letih Ahmad tetap menghadiri majlis perayaan itu.

Pasif: Sungguhpun badannya letih majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Ahmad.

Wednesday 8 August 2012

TUGASAN PBS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM:PISMP AMBILAN JANUARI 2011



NAMA GURU PELATIH:



TAJUK KURSUS:PENULISAN KREATIF



SEMESTER:IV/2012



TARIKH MULA:
13 OGOS 2012
TARIKH HANTAR:
02 SEPTEMBER 2012






Hasil Pembelajaran Kursus :
1.
Melaksanakan prosedur penulisan berdasarkan input yang diberikan.
2.
Mengkaji proses utama dalam penulisan Laporan.
3.
Merancang dan mengurus aktiviti perbengkelan.
4.
Menghasilkan tulisan berkaitan peranan sekolah dalam memartabatkan karya sastera.

       Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 5, 6  dan 7.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1.
Menjelaskan prosedur penulisan berdasarkan input yang dibincangkan
2.
Menulis dengan memuatkan elemen-elemen penting  dalam laporan berkaitan peranan sekolah memartabatkan karya-karya  sastera.
3.
Menyerlahkan bahan-bahan bukti  dalam  penulisan yang dihasilkan.
4.
Menghasilkan penulisan yang berkesan dan memenuhi kriteria yang dikehendaki.

Tugasan Projek (100%)

Bincangkan sejauh manakah  sekolah berperanan  memartabatkan  karya sastera dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Lampirkan bukti-bukti yang menyokong penulisan esei anda.

Panduan Pelaksanaan Projek
1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2. Font  Arial
3.3. Saiz huruf - 12
3.4. Langkau 1.5 baris
3.5. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6 Lampiran adalah wajib.
3.7. Jawab dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris sahaja.

4. Panjang tugasan tidak melebihi 05 muka surat.
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh dua minggu.
8. Tugasan ini membawa markah 100%.
 
Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut :
(mengikut kehendak soalan tugasan)

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :
     a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas esei tersebut.
     b. Perkembangan esei menarik dan menyakinkan.
     c. Implikasi menjelaskan tentang peranan sebenar sekolah dalam memartabatkan                
         pengajaran sastera.
     d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan:
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.
Disediakan oleh:                                                        Disahkan oleh:

(HAJI ABDUL RANI BIN HASSAN)                         (DR.SHAHARUDDIN  BIN SHAARI)
Penyelaras Kursus Penulisan Kreatif                       Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu                                        Jabatan Pengajian Melayu
 IPG Kampus Ipoh                                                       IPG IPG Kampus Ipoh                                                                       

Friday 3 August 2012

TEKNIK PENGAJARAN LISAN

(a) Latih tubi;
(b) Bercerita;
(c) Bersoal jawab;
(d) Perbualan / dialog/ wawancara
(e) Perbincangan;
(f) Berbahas/ debat
(g) Main peranan dan simulasi;
(h) Sumbang saran
(i) Drama atau lakonan;
(j) Melapor berita
(k) Permainan bahasa;
(l) Pengajaran puisi
(m) Penyelesaian masalah;
(n) Tunjuk cara