Thursday 6 September 2012

Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


PUISIDRA
Puisidra ialah puisi yang didramakan / dilakonkan.
              Seorang pelajar mendeklamasikan / membaca / melagukan puisi manakala sekumpulan pelajar   
              yang lain akan melakonkannya tanpa suara
Pergerakan pelakon adalah selaras dengan ungkapan puisi yang dibacakan itu.
Sesuai untuk puisi moden dan tradisional seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka.
Pilih puisi yang boleh didramakan / ada pergerakan.
baca dan fahami bersama-sama pelajar.
beri arahan yang jelas kepada pelajar.
arahan kepada pendeklamator, pelakon dan pendengar.
baca puisi dan fahami
mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan yang lain.
Fahami maksud keseluruhan.
Pelajar  terlibat akan membuat persembahan.
Pelajar  tidak terlibat akan membuat catatan sebagaimana yang diarahkan oleh guru.
Guru memilih 1 kumpulan murid ke hadapan kelas.  Seorang daripada mereka diminta untuk melagukan syair  manakala murid lain akan melakonkannya.
Murid yang tidak terlibat akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan menyaksikan puisidra yang dipersembahkan di hadapan kelas.
     DEKON
Dekon – singkatan dari deklamasi dan lakon, suatu cara penghayatan seni melalui pengungkapan deklamasi dan berlakon (cara A. Samad Said).
Menekankan pergerakan di pentas sewaktu menyampaikan puisi/bercerita. Bercerita secara sendirian akan peristiwa yang terjadi (imbas kembali) atau kejadian yang bakal terjadi (imbas muka) akan lebih berkesan dan akan jadi lebih jelas garapannya sekiranya kejadian/peristiwa tersebut digambarkan atau divisualkan.
Dengan begitu ada watak-watak lain juga akan dimunculkan selain si pencerita itu bermonolog sendirian.
Aksi bermonolog (bercakap sendirian) berkembang menjadi adegan berdailog oleh beberapa watak kemudian dan ada peristiwa yang terjadi/berlaku secara serentak.
Apakah, menyampaikan suara hati seseorang atau watak hanya cukup dengan lontaran kata-kata saja atau lebih menimbulkan suasananya dengan bantuan teknik bunyi dari alat muzik.
Apakah untuk menyatakan perasaan gembira atau sedih tidak cukup dengan bercakap sendiri saja tapi barangkali lebih terungkap disampaikan secara menyanyi, bersyair, bergurindam, bernazam atau apa.
Kelihatannya bila ada unsur-unsur yang berirama di masukkan sebagai pelengkap dalam sesebuah seni lakon, ya, sesuatu yang cukup menarik dan terhibur jadinya.
Dan cara begini tidak keterlaluan dan tidak akan mengheret persembahan menjadi sebuah muzika atau ala konset muzik.
Barangkali boleh kita rumuskan kerja seni pementasan yang ingin kita tampilkan ini suatu garapan kerja seni yang mengandungi antaranya ada monolog, watak, ada deklamasi yang dilontarkan oleh watak, ada adegan yang merangkaikan beberapa watak, ada dialog dan ada unsur muzik ditampilkan.
Keseluruhan unsur-unsur begini boleh melahirkan sebuah persembahan yang kita maksudkan sebagai Dekon.
Pemain adalah elemen utama. Sementara alat bantu kepada pemain adalah latar tempat, apakah ia berupa sebuah ruang tamu, taman atau di pingggir sungai atau di atas sebuah jambatan. Latar masa pula boleh saja pada malam atau siang hari, waktu aman atau waktu perang, zaman penjajahan atau zaman setelah merdeka! Elemen kostum yang dipakai pada pemain menyokong kepada peribadi, usia, kerjaya dan sosial watak.
Manakala prop juga memainkan peranan sebagai alat yang berhubung dekat perwatakan samada merungkaikan soal kebiasaan, tabiat, kesukaan, hobi dan sebagainya. Sementara set, warna dan pengcahayaan adalah elemen bantu yang cukup memberi makna pada cerita dekon yang dihidangkan.
Tetapi dalam upaya mengejar ghairah menata set jangan pula sampai semua elemen bantu ini boleh menenggelamkan pemain bila berada di atas pentas.
Kalau keadaannya sampai pemain ditutup oleh peralatan set pentas yang macam-macam, maka setting itu hanya akan menjadi ruang pamiran perabut-perabut rumahtangga semata dan bukan ruang dekon.
Alat bantu set seharusnya tidak membebankan dan memakan biaya yang besar. Set yang sederhana tapi memberi makna dan impak kepada cerita dekon dan mengungkapkan citra pemain beraksi di atas pentas adalah amat tepat sebagai set yang berfungsi.
Tentu saja menata set untuk sebuah persembahan dekon baik yang berbentuk realis, atau yang non realis atau absud apa drama tari segala macam, bukan soal kemeriahannya.
Tetapi elemen guna pakai bilamana beraksinya pemain atau penari sewaktu berada di atas pentas yang tidak jadi penuh/crowd atau menyebabkan sempit dan menyulitkan pemain atau terlalu menganggu pemain dan akan merosakkan citra sesebuah set.
Bukan cantik set atau mahalnya biaya set diperhitungkan tetapi sejauh mana guna pakai set dapat berfungsi. Inilah yang harus diperhitungkan oleh penata penggung dekon.
Bahan set boleh saja dari bahan-bahan yang sedia ada, apa kain- kain bundel, peti-peti kayu, kardus, kotak-kotak atau kain-kain rombingan, kertas- kertas akhbar terpakai, papan-papan reja, atau plastik, tali-tali, bambu-bambu atau apa saja bahan yang ada di sekeliling kita.
Menjadi tantangan penata set adalah bagaimana menggarap set yang memberi makna kepada pementasa dekon atau yang banyak membantu pelakon untuk memberikan kehidupan kepada cerita dekon yang dipentaskan, bukan biaya besar yang diperuntukkan untuk set dekon.
Penata set jangan mudah tergoda dengan set-set yang besar seperti dalam pementasan di Istana Budaya atau gambaran set kamar dalam rumah, set bilik tidur, ruang tamu, dapur, taman di belakang rumah, restoran atau warong nasi lemak yang belum tentu sesuai di naikkan ke atas pentas seperti dalam filem atau drama televisyen.
Pemakaian teknik lampu juga bilamana menggunakan lampu strok atau asap untuk mencipta suasana boleh dilaksanakan sekadar mengungkap keadaan dan jangan keterlaluan yang boleh menghilangkan roh dalam dekon yang dihidangkan.
Begitu juga dalam soal kesan bunyi – boleh dipakai alat perakam bunyi/tep/kasset untuk menimbulkan suasana seram, lengang, malam hari yang sepi, bunyi kebisingan kota, suasana yang terlalu kacau dan lain-lain.
Sebuah lakon dekon, kita kira adalah sebuah pergelaran yang cukup sederhana bahannya baik naskah, perencanaan alatan dan tata bunyi serta teknik perlampuannya tapi mengheret pengertian yang cukup berat untuk memperkatakannya.
Dekon ada monolog, ada deklamasi, ada dialog, ada suasana bermain dengan dalaman watak, ada pertentangan watak antara watak, ada mimpi, ada ingatan kenangan lalu dan ada andaian peristiwa bakal terjadi dan ada nyanyi atau irama seni suara.
Kesemua elemen ini bisa saja berlaku dalam 5 adegan untuk satu babak persembahan yang memakan waktu relatifnya antara 30 minit ke satu jam pementasan.

No comments:

Post a Comment