INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM:PISMP AMBILAN JANUARI 2011 | NAMA GURU PELATIH: | |||
TAJUK KURSUS:PENULISAN KREATIF | SEMESTER:IV/2012 | |||
TARIKH MULA: | 13 OGOS 2012 | TARIKH HANTAR: | 02 SEPTEMBER 2012 | |
Hasil Pembelajaran Kursus :
1. | Melaksanakan prosedur penulisan berdasarkan input yang diberikan. |
2. | Mengkaji proses utama dalam penulisan Laporan. |
3. | Merancang dan mengurus aktiviti perbengkelan. |
4. | Menghasilkan tulisan berkaitan peranan sekolah dalam memartabatkan karya sastera. |
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 5, 6 dan 7.
Objektif Projek:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. | Menjelaskan prosedur penulisan berdasarkan input yang dibincangkan |
2. | Menulis dengan memuatkan elemen-elemen penting dalam laporan berkaitan peranan sekolah memartabatkan karya-karya sastera. |
3. | Menyerlahkan bahan-bahan bukti dalam penulisan yang dihasilkan. |
4. | Menghasilkan penulisan yang berkesan dan memenuhi kriteria yang dikehendaki. |
Tugasan Projek (100%)
Bincangkan sejauh manakah sekolah berperanan memartabatkan karya sastera dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Lampirkan bukti-bukti yang menyokong penulisan esei anda.
Panduan Pelaksanaan Projek
1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2. Font Arial
3.3. Saiz huruf - 12
3.4. Langkau 1.5 baris
3.5. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6 Lampiran adalah wajib.
3.7. Jawab dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris sahaja.
4. Panjang tugasan tidak melebihi 05 muka surat.
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh dua minggu.
8. Tugasan ini membawa markah 100%.
Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut :
(mengikut kehendak soalan tugasan)
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :
a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas esei tersebut.
b. Perkembangan esei menarik dan menyakinkan.
c. Implikasi menjelaskan tentang peranan sebenar sekolah dalam memartabatkan
pengajaran sastera.
d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan.
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan:
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
(HAJI ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR.SHAHARUDDIN BIN SHAARI)
Penyelaras Kursus Penulisan Kreatif Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Ipoh IPG IPG Kampus Ipoh
Terima kasih encik...^^
ReplyDeletesusahnya...level tinggi ni..
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDelete