Tuesday 24 July 2012

TUGASAN PROJEK PSE 3102

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM:
PISMP AMBILAN JANUARI 2011


NAMA GURU PELATIH:



TAJUK KURSUS:
PENULISAN KREATIF


SEMESTER:
4/2012



TARIKH MULA: 30 JULAI 2012 TARIKH HANTAR: 3 SEPTEMBER 2012

Hasil Pembelajaran Kursus :
  1. Melaksanakan prosedur penulisan berdasarkan input yang diberikan 
  2. Mengkaji proses utama dalam penulisan kreatif 
  3. Merancang dan mengurus aktiviti perbengkelan 
  4. Membaca karya-karya sastera 
  5. Menghasilkan tulisan sastera 
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 4 dan 5

Objektif Projek:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
  1. Menjelaskan prosedur penulisan berdasarkan input yang dibincangkan 
  2. Menulis dengan memuatkan elemen-elemen penting penulisan kreatif 
  3. Menyerlahkan bahan-bahan bacaan sastera dalam karya penulisan yang dihasilkan. 
  4. Menghasilkan tulisan kreatif dalam genre cerpen dengan memasukkan faktor-faktor penting pengkaryaan seperti tema dan persoalan, sudut pandangan, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa dan sebagainya.
  5. Penulisan cerpen turut memastikan nilai estetika yang tinggi serta mampu menyerlahkan kreativiti dan inovatif yang tinggi.
  6. Karya yang dihasilkan akan menyerlahkan tiga elemen penting karya kreatif iaitu emosi, imaginatif dan pemikiran. 
Tugasan Projek (100%)

Karya kreatif di Malaysia didominasikan oleh beberapa genre yang agak popular iaitu sajak, cerpen, drama dan novel. Penghasilan karya kreatif sebaik-baiknya berdasarkan penonjolan unsur-unsur tema, persoalan, watak, perwatakan, plot, dialog, sudut pandangan, latar dan sebagainya. Malahan karya kreatif mesti menonjolkan tiga elemen penting dalam pengkaryaan iaitu emosi, imaginatif, dan pemikiran. Selain itu, karya sastera mesti menonjolkan nilai estetika dan keindahan bahasa yang tinggi.

Berdasarkan pernyataan di atas hasilkan sebuah cerpen yang berkisar isu-isu pendidikan dengan memastikan sebagai sebuah karya mencerminkan keindahan karya kreatif.

Panduan Pelaksanaan Projek


1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
    3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
    3.2. Fon Arial
    3.3. Saiz huruf - 12
    3.4. Langkau 1.5 baris
    3.5. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
    3.6 Lampiran tidak diperlukan
    3.7. Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja
4. Panjang tugasan antara 2,500 hingga 3,000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat .
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga lima minggu.
8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut :
(mengikut kehendak soalan tugasan)


1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :
    a. Pengenalan yang menarik dan dapat memenuhi kriteria plot yang dirancang...........
    b. Perkembangan plot dinyatakan secara berurutan......
    c. Konflik dan perumitan menimbulkan pertentangan.......
    d. Peleraian dinyatakan dengan menarik....
3. Penggarapan unsur-unsur sastera disampaikan dengan nilai estetika yang tinggi.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan bahasa yang menampakkan futuristik dan inovatif yang baik.
5. Isi penulisan perlu mendomainkan emosi,imaginatif dan pemikiran.
6. Penulisan cerpen harus menunjukkan kematangan bahasa yang puitis, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan pengolahan gaya bahasa sastera.
Disediakan oleh:                                                  Disahkan oleh:

(ABDUL RANI BIN HASSAN)                       (DR.SHAHARUDDIN BIN SHAARI)
Penyelaras Kursus Penulisan Kreatif                    Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu  IPG Kampus Ipoh      IPG Kampus Ipoh                                                         

16 comments:

  1. Terima kasih encik.
    Saya akan mulakan merangka
    cerpen dari sekarang .

    ReplyDelete
  2. terima kasih encik... saya tengah mencari ilham untuk memulakannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan setiap minggu anda membaca skurang-kurangnya 5 cerpen orang lain untuk mendapatkan idea dan cara menulis

      Delete
  3. Encik Rani, kalau saya mahu hasilkan sebuah cerpen (walaupun bukan mengambil kursus ini), boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. terimakasih encik..biso molek encik

    ReplyDelete
  5. terima kasih encik..saya amat teruja dengan pepatah Muhammad Haji Salleh "Sastera lebih hidup dari kehidupan, gagasan lebih tahan dari kenyataan".

    ReplyDelete